awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terpedaya iklan hartanah? Pembeli ada enam tahun untuk ambil tindakan undang-undang
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
Agenda Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional penjenamaan semula UMNO, BN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Najib dakwa Nik Faisal 'palsukan' tandatangan Suboh

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
01/07/2019
09:55 MYT
Peguam Najib dakwa Nik Faisal 'palsukan' tandatangan Suboh
Muhammad Shafee menunjukkan di skrin 11 dokumen yang mempunyai tandatangan sama walaupun saiznya berubah-ubah. - Gambar fail
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil memalsukan tandatangan bekas Pengarah Bukan Eksekutif syarikat tersebut, Datuk Suboh Md Yassin.
Muhammad Shafee membuat dakwaan tersebut selepas menunjukkan di skrin beberapa salinan yang didakwanya mempunyai tandatangan berbeza biarpun salinan dokumen yang sama.
Beliau juga mendakwa dokumen yang diserahkan kepada bank itu ditandatangani oleh individu lain bukan Suboh sbeelum Muhammad Shafee mendakwa individu yang melakukan pemalsuan tersebut adalah Nik Faisal.
Muhammad Shafee telah menunjukkan di skrin 11 dokumen yang mempunyai tandatangan sama walaupun saiznya berubah-ubah.
Muhammad Shafee: "Anda berpuas hati dengan apa yang telah saya tunjukkan kepada anda?"
Suboh: "Ya"
Muhammad Shafee: "Saya katakan kepada anda bahawa Nik Faisal palsukan tandatangan anda, scan tandatangan itu kemudian hantar kepada bank. Adakah anda setuju?
Suboh: "Mungkin"
Sebelum itu, Muhammad Shafee meminta Suboh memberitahu mahkamah tarikh mesyuaratnya dengan SPRM bersama dengan berapa lama setiap sesi dan pegawai yang mengambil kenyataannya.
Suboh mengesahkan bahawa beliau telah bertemu dengan SPRM sebanyak enam kali (pada November 2015, tiga kali pada Mei 2018 dan dua kali pada Ogos 2018) dengan pegawai SPRM Raub Ghani dan Syed Muhammad Tarmizi Musa.
Perbicaraan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi masuk hari ke-30 hari ini.
Prosiding bersambung esok pada jam 9 pagi.
Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Topic Berkaitan
#Muhammad Shafee Abdullah
#Najib Razak
#Nik Faisal Ariff Kamil
#SRC International
#Suboh Md Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan