awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Negara ada kes kukuh terhadap Najib

Hakim Rahman
Hakim Rahman
04/07/2018
09:35 MYT
Peguam Negara ada kes kukuh terhadap Najib
Setakat ini dua saksi akan dipanggil memberikan keterangan berhubung kes tersebut.
Pihak pendakwaan yakin mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menerima tuduhan dengan empat pertuduhan pecah amanah dan salah guna kedudukan berjumlah RM84 juta.
Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan berkata pihaknya akan membuktikan kes tersebut dalam perbicaraan nanti.
Sehingga itu, katanya, beliau akan menerima bahawa Najib adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
"Kami amat bermurah hati dengan jumlah jaminan terhadap tertuduh yang tidak membantah prinsip jaminan.
"Malah kami tidak membantah apabila bayaran wang jaminan sebanyak RM1 juta diminta untuk dibuat dua kali...kami sangat adil," katanya dalam sidang media di luar mahkamah selepas selesai proses pendakwaan.
Tambahnya, setakat ini dua saksi akan dipanggil memberikan keterangan berhubung kes tersebut.
Apabila ditanya mengenai sama ada Najib akan dituduh lagi di mahkamah, Tommy berkata sehingga kini masih tiada pertuduhan baharu terhadap bekas perdana menteri itu melibatkan kes SRC International Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#ikat jamin
#jaminan
#Najib Razak
#pendakwaan
#Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan