Peguam Negara Tommy Thomas bertanggungjawab untuk memberitahu mahkamah maklumat sebenar mengenai dakwaan RM9.5 juta dibayar kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu.
Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom berkata afidavit yang mendedahkan maklumat itu telah difailkan oleh Pejabat Peguam Negara atas arahan Peguam Negara.
"Alasan untuk memfailkan afidavit itu ialah Peguam Negara berpendapat beliau selaku seorang pegawai mahkamah, berkewajipan untuk memberitahu mahkamah hal yang sebenar mengenai maklumat berkaitan wang sebanyak RM9.5 juta itu," kata beliau.
Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah mengarahkan Zureen untuk memperjelaskan kedudukan kerajaan berhubung rayuan tersebut selain afidavit yang difailkan oleh Pejabat Peguam Negara itu.
Zureen, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa kerajaan tidak bersetuju dengan rayuan Presiden PKR yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon untuk menghidupkan semula samannya terhadap kerajaan Malaysia berhubung sabitan kes liwat terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan.
Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee berkata permohonan untuk mencelah telah difailkan disebabkan keadaan-keadaan di dalam afidavit yang telah difailkan oleh Pejabat Peguam Negara itu.
Zureen yang mewakili kerajaan dan peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram membertiahu mahkamah bahawa permohonan untuk pencelahan itu telah diserahkan kepada mereka petang semalam.
Muhammad Shafee memohon untuk mencelah dalam rayuan itu untuk membatalkan afidavit tersebut yang telah diperakukan pada 5 Sept tahun ini oleh pegawai tugas khas kepada Peguam Negara, Siti Rahayu Mohd Mumazaini dan untuk memeriksa balas beliau.
Hakim Umi Kalthum memerintahkan perkara itu dihantar untuk pengurusan kes dan timbalan pendaftar kemudiannya menetapkan 29 Nov untuk mendengar permohonan Muhammad Shafee untuk mencelah dalam rayuan itu dan 21 Sept sebagai tarikh pengurusan kes.
Dua hakim lain yang bersidang ialah Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Yeoh Wee Siam.
Minggu lepas, Anwar, dalam kenyataannya berkata para peguamnya telah menerima afidavit yang ditandatangani oleh Siti Rahayu yang menyatakan bahawa maklumat baharu telah ditemui bahawa RM9.5 juta telah dibayar kepada Muhammad Shafee dan daripada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 2013 dan 2014.
Anwar, telah memfailkan saman pemula pada 9 Jun 2017, terhadap kerajaan dengan mendakwa bahawa beliau tidak diberi perbicaraan yang adil dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes liwat II.
Beliau juga memohon perisytiharan bahawa sabitan kesalahan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah 'ultra vires' kepada Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak sah dan terbatal dan beliau juga memohon untuk membatalkan keputusan Mahakamah Persekutuan yang telah mengekalkan sabitan kesalahan terhadap beliau.
BACA: Pengubahan wang haram: Shafee Abdullah dibenar ikat jamin RM1 juta
Dalam afidavitnya, Anwar mendakwa Muhammad Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap sabitan kesalahan kes liwat beliau.
Dengan sabitan kesalahan itu Anwar telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mana sabitan itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Anwar, bagaimanapun mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei tahun ini.
Kerajaan telah memfailkan saman untuk membatalkan saman Anwar atas alasan ia bersifat remeh, tiada sebarang kausa tindakan munasabah, dan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Pada 8 Nov, tahun lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia, yang mendorong Anwar untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Peguam Sri Ram memberitahu pemberita selepas selesai prosiding hari ini bahawa beliau akan mencabar permohonan Muhammad Shafee untuk mencelah dalam rayuan itu.
Semalam, Muhammad Shafee, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 14 2018
Semalam, Muhammad Shafee, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.