awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Negara nafi penglibatan Morais dalam siasatan 1MDB

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2015
03:50 MYT
Peguam Negara nafi penglibatan Morais dalam siasatan 1MDB
Mohamed Apandi (gambar) menjelaskan kes semasa Morais yang dikendalikannya sekarang adalah kes yang dibawa bagi tujuan kesinambungan pendakwaan. -Gambar fail
Jabatan Peguam Negara menafikan penglibatan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dalam mana-mana siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan bahawa kes-kes semasa Morais yang beliau kendalikan sekarang adalah kes-kes yang dibawanya bagi tujuan kesinambungan pendakwaan.
"Sementara siasatan polis berterusan, Jabatan Peguam Negara berharap tiada spekulasi dibuat berhubung kehilangannya," kata Apandi.
Kenyataan yang dibuat merujuk kepada pelbagai laporan mengenai kehilangan Morais.
Apandi juga menyatakan bahawa Morais dipindahkan semula ke Jabatan Peguam Negara daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa dari 15 Julai 2014 di mana beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Perbicaraan dan Rayuan Bahagian Jabatan Peguam Negara.
Katanya lagi, rakan-rakan sekerja Morais turut berkongsi kebimbangan keluarganya berhubung kehilangan beliau.
Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau dikatakan memandu Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Pada Ahad, sebuah kereta dijumpai terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak, dipercayai mirip dengan model kereta yang digunakan oleh pegawai itu.
Bagaimanapun, polis tidak mengesah atau menafikan bahawa kenderaan yang dijumpai itu milik Morais.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Anthony Kevin Morais
#Apandi Ali
#Jabatan Peguam Negara
#SPRM
#Timbalan Pendakwa Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan