Peguam Negara, Tommy Thomas, telah menarik diri daripada semua pertimbangan berhubung kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan menerima prinsip konflik kepentingan yang diguna pakai terhadapnya.
Jabatan Peguam Negara (AGC), dalam kenyataan hari ini, berkata Thomas tidak akan terlibat dalam apa juga keputusan yang akan dibuat oleh AGC terhadap kes Lim yang belum selesai itu.
Dalam kenyataan bersama Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek dan Peguam Cara Negara II, Datuk Paduka Zauyah Be T. Loth Khan, mereka berkata banyak maklumat salah telah diedarkan mengenai peranan Peguam Negara dalam membuat keputusan mengenai perkara-perkara yang beliau terlibat sebagai peguam sebelum ini.
"Oleh itu, penjelasan diperlukan untuk tujuan ini. Apabila dilantik sebagai Peguam Negara, beliau secara terbuka mengumumkan bahawa beliau menerima prinsip konflik kepentingan diguna pakai terhadapnya," mereka berkata.
Mereka juga berkata dengan mengambil kira kepentingan anak guamnya dan pihak yang menentang dalam litigasi semasa beliau menjadi peguam sebelum ini, kedudukan Peguam Negara terikat kepada dua kaedah yang sedia ada dalam undang-undang bagi menyelesaikan keadaan ini.
Pertama, bagi kes yang melibatkan beliau atas dasar peribadi, sebagai peguam dan rakan. Peguam Negara akan menarik diri dengan sendirinya.
Keputusan dengan itu diambil secara bersama dan mungkin perbincangan diadakan dengan pegawai kanan dalam jabatan sebelum sesuatu keputusan dibuat, kata mereka.
Kedua, kata mereka, bagi kes apabila Peguam Negara menentukan bahawa beliau tidak perlu menarik diri, beliau akan mengisytiharkan kepentingannya kepada anggota lain dalam panel yang membuat keputusan.
Kepentingannya itu akan direkodkan dan dalam hal itu, beliau akan terlibat sebagai anggota pasukan.
Thomas sebelum ini mewakili Lim dalam prosiding komital yang difailkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 2016 di Mahkamah Tinggi terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.
Prosiding komital itu atas dakwaan Lim telah menghina mahkamah dan campur tangan dalam pentadbiran keadilan.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 3 Sept ini untuk mendengar keputusan representasi yang dikemukakan oleh Lim dan ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk menggugurkan pertuduhan mereka berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran di George Town.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
Jabatan Peguam Negara berkata Thomas (gambar) tidak akan terlibat dalam apa juga keputusan yang akan dibuat oleh AGC terhadap kes Lim yang belum selesai itu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian.
Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC
AGC membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif dalam LMAG - AGC
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif untuk kebaikan Komanwel, rantau Asia Pasifik dan dirinya menerusi penyertaan dalam Kumpulan Bertindak Menteri Undang-Undang Komanwel (LMAG).
Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Kes buli MCKK: PDRM terima arahan khusus AGC untuk lengkapkan siasatan
Antara arahan khusus AGC ialah mendapatkan laporan penuh perubatan mangsa.
1MDB-Goldman Sachs: AGC fail respons kepada Pendaftar Mahkamah LCIA
Kerajaan perlu memfailkan 'Balasan' kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan untuk timbang tara difailkan.
DNAA: Tunggu keputusan representasi Peguam Negara - Ahmad Zahid
Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap representasi dikemukakan pihaknya berhubung 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi.
Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal
Pemuda UMNO akan mengerakkan ahli-ahlinya untuk membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap isu kebocoran 'Memo Dalaman' Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini.
AGC bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen di Sabah dikosongkan
Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengisytiharkan kerusi yang disandang oleh empat ahli Parlimen itu kosong.
Najib hantar representasi mohon gugur tuduhan kes pengubahan wang haram dana SRC RM27 juta
Najib menghantar surat representasi kepada AGC untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapinya.