awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Malaysiakini diserbu SKMM

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2015
10:21 MYT
Pejabat Malaysiakini diserbu SKMM
Difahamkan perbincangan turut berlangsung antara pihak SKMM dan Ketua Editor Malaysiakini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan menjalankan serbuan di pejabat portal berita Malaysiakini di Petaling Jaya pada petang Jumaat.
Menurut laporan portal The Malaysian Insider, serbuan yang bermula kira-kira jam 5.15 petang itu melibatkan sekurang-kurangnya lima pegawai SKMM.
Berdasarkan sumber dalaman Malaysiakini, tindakan SKMM itu bagi menjalankan siasatan terhadap laporan mengenai isu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi yang 'dipindah tugas' daripada Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Difahamkan perbincangan sedang berlangsung antara pegawai SKMM tersebut dengan Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan serta seorang wartawan berkenaan laporan yang disiarkan pada Isnin lalu (2 November).
Pada tarikh yang sama, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki menafikan laporan Malaysiakini mengenai pemindahan secara mengejut Ahmad Shazalee yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan SRC International Sdn. Bhd.
Menurut beliau, Ahmad Shazalee masih kekal dengan SPRM malah telah dinaikkan pangkat dan disahkan jawatannya.
Topic Berkaitan
#Malaysiakini
#serbuan
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan