awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja asing pembawa bakteria keracunan makanan - Penyelidik

Sinar Harian
Sinar Harian
23/06/2018
06:03 MYT
Pekerja asing pembawa bakteria keracunan makanan - Penyelidik
Sampel diambil daripada 383 pekerja asing yang mengendalikan premis makanan di tiga bandar - Ipoh, Kuala Terengganu dan Shah Alam - hampir kesemua menunjukkan risiko bahaya kepada kesihatan. -Gambar hiasan
Hampir semua pekerja asing yang diuji dalam satu kajian didapati membawa bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan juga kematian, kata penyelidik.
Memetik laporan Mstar Online, penyelidik turut berpendapat penutupan sementara premis makanan yang kotor tidak mencukupi dan kerajaan perlu menangani isu sistemik itu.
Penemuan terbaharu pasukan penyelidik dari Universiti Malaya yang diketuai Prof Madya Dr Siti Nursheena Mohd Zain mendapati kandungan bakteria keracunan makanan yang tinggi, dibawa pekerja asing yang bekerja dalam industri perkhidmatan makanan.
Ahli parasitologi itu berkata sampel diambil daripada 383 pekerja asing yang mengendalikan premis makanan di tiga bandar - Ipoh, Kuala Terengganu dan Shah Alam - hampir kesemua menunjukkan risiko bahaya kepada kesihatan.
Dalam dokumen, “Mikroogranisme sebagai petunjuk status kebersihan di kalangan pengendali makanan warga asing di Semenanjung Malaysia”, Dr Siti Nursheena dan pasukannya mendapati 99.5 peratus sampel yang diambil dari pekerja asing mengandungi kandungan Aerobic Plate Count (APC) melebihi piawaian yang boleh diterima.
Produk memperlihatkan APC tinggi yang luar biasa mempunyai potensi bahaya kepada kesihatan, sementara menunggu hasil pemeriksaan patogen.
APC lebih tinggi di kalangan pekerja warga India dan disusuli Nepal.
APC juga lebih tinggi di kalangan tukang masak, menurut dokumen yang diterbitkan dalam Jurnal Kesihatan Awam Asia Pasifik pada Oktober lepas.
Ia juga menunjukkan 64 peratus sampel pekerja mencatatkan jumlah Staphylococcus aureus melebihi tahap kebersihan yang boleh diterima manakala satu perlima menunjukkan tahap Escherichia coli (E. coli) yang tinggi.
Kebanyakan bakteria Staphylococcus tidak menyebabkan masalah serius tetapi boleh membawa maut sekiranya bakteria memasuki aliran darah, sendi, tulang, paru-paru atau jantung.
E.coli, kumpulan bakteria yang pelbagai boleh menyebabkan cirit-birit, jangkitan saluran kencing, penyakit pernafasan dan radang paru-paru.
“Pengendali makanan adalah sumber penularan penyakit melalui makanan di Malaysia.
“Penemuan ini menunjukkan kebarangkalian penghantaran bakteria patogen yang tinggi dari tangan pengendali makanan kepada para pelanggan semasa penyediaan makanan.
“Dan ini memerlukan penambahbaikan aspek kebersihan dan piawaian sanitasi oleh pihak berkuasa berkaitan,” kata Dr Siti Nursheena.
Topic Berkaitan
#Aerobic Plate Count
#Bakteria
#E Coli
#Escherichia coli
#keracunan
#pekerja asing
#sampel makanan
#Siti Nursheena Mohd Zain
#Staphylococcus aureus
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan