Satu janin manusia dipercayai berusia 10 minggu ditemui dalam sebuah mangkuk tandas asrama persendirian yang didiami sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Jalan Kebun Sultan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata dalam kejadian 1.30 petang itu, seorang pekerja lelaki asrama menemui janin seberat 10 gram dan sepanjang kira-kira lima sentimeter bersama sehelai seluar dalam.
"Pekerja itu kemudian menghubungi majikannya sebelum majikan tersebut membuat laporan polis. Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana keguguran," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata sehingga kini, suspek masih belum dikenal pasti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Asrama yang terletak di bangunan sebuah hotel itu mempunyai 10 bilik tidur, dua bilik air dan sebuah tandas, didiami pelajar perempuan yang menuntut di beberapa IPT berhampiran, katanya.
Bernama
Mon May 20 2013
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Dua remaja lelaki dipukul disyaki cabul pelajar tingkatan dua
Ketua Daerah Polis Kota Baharu ACP Azham Othman berkata kejadian pada 6 pagi itu menyebabkan kedua-dua remaja cedera di kepala dan badan dipercayai dipukul dengan batang besi.
Pekerja asrama jumpa janin dalam mangkuk tandas
Satu janin manusia dipercayai berusia 10 minggu ditemui dalam sebuah mangkuk tandas asrama persendirian yang didiami sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).