Semua pekerja diwajibkan mendapatkan surat kebenaran pergerakan daripada majikan masing-masing supaya tidak timbul kekeliruan ketika sekatan jalan raya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, bagi kakitangan kerajaan, ketua setiausaha kementerian masing-masing akan mengeluarkan surat tersebut manakala pekerja swasta perlu mendapatkannya daripada majikan.
"Saya harap majikan-majikan sila serahkan senarai nama pekerja-pekerja mereka ke balai polis yang berdekatan supaya mereka boleh mendapat pelepasan yang mudah sewaktu diperiksa di sekatan jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, di sini pada Isnin.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan itu berkata, beliau sedia maklum keperluan sesetengah pekerja yang tinggal dan bekerja di dua negeri berasingan.
"Kita faham ramai yang bekerja terpaksa bergerak antara negeri. Sebagai contoh ramai pekerja di Putrajaya ini datangnya dari Seremban.
"Ramai dari Shah Alam yang bekerja di Putrajaya dan ada juga mereka yang tinggal di KL (Kuala Lumpur) bekerja di Shah Alam. Jadi surat yang saya sebut tadi perlu diperolehi dan tunjuk pada pihak polis waktu sekatan jalan raya dan sebagainya," tambah beliau.
Langkah itu katanya, adalah bagi memastikan adanya penguatkuasaan yang lebih ketat ke atas pekerja di sektor atau industri kritikal yang diarahkan bertugas.
Umavathi Ramayah
Mon Mar 23 2020
Menurut Ismail Sabri, langkah itu adalah bagi memastikan adanya penguatkuasaan yang lebih ketat ke atas pekerja di sektor atau industri kritikal yang diarahkan bertugas. - Gambar fail
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Jentayu dapat kelulusan ambil alih aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar
Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.
LTAT umum pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
BMI unjur harga minyak brent AS$85 setong 2024, AS$82 2025
BMI mengekalkan unjuran semasa harga minyak mentah Brent pada purata US$85 setong bagi 2024, tetapi menyemak semula unjuran bagi 2025 dengan menurunkannya kepada US$82 setong daripada US$84 setong sebelumnya.
SC tingkat standard tatalaku pengantara pasaran modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang disemak.
PETRONAS dagangan tumpu sektor serbaneka, mobiliti rendah karbon
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) cabang pemasaran Petronas untuk produk Petroleum dan stesen berperkihdmatan akan memberi tumpuan untuk berkembang kepada sektor serbaneka serta menyediakan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggannya
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Kaedah ROSA di KPJ kurangkan kecederaan, pendekkan masa pemulihan
Sebanyak 206 prosedur pembedahan ganti sendi lutut berjaya dilakukan menggunakan teknologi canggih Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) di Hospital Pakar KPJ, Kuching sejak Ogos lalu.
Pantau Agenda Reformasi: Bagaimana data PADU akan menambah baik penggubalan dasar?
Memahami keperluan untuk daftar PADU.
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.
MITA bangunkan kempen pemasaran disesuaikan ikut rantau
Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) akan membangunkan kempen pemasaran inovatif yang disesuaikan dengan setiap rantau untuk menyerlahkan tawaran unik Malaysia.
Sarawak peruntuk RM2 juta untuk Paxlovid - Abang Jo
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2 juta bagi pembelian pil antiviral Paxlovid susulan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.