awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar 14 tahun maut terkena pisau pemotong rumput

Bernama
Bernama
13/02/2018
09:54 MYT
Pelajar 14 tahun maut terkena pisau pemotong rumput
Nur Afini (kiri) maut selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang terpelanting ketika pemandu traktor sedang memesin rumput di padang sekolahnya. - Gambar ihsan pembaca Astro AWANI
Seorang pelajar perempuan maut manakala dua lagi pelajar lelaki cedera akibat terkena pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Nur Afini Roslan, 14, pelajar Tingkatan Dua.
"Nur Afini maut selepas kepalanya terkena pisau traktor mesin rumput yang terpelanting ketika pemandu traktor sedang memesin rumput di padang sekolah itu. Manakala dua yang cedera ialah Abdullah Hazlan, 14, pelajar Tingkatan Dua dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, pelajar Tingkatan Satu.
"Abdullah cedera di bahagian telinga kanan, sementara Mohd Farhan Reza cedera di bahagian belakang kepala dan dihantar ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat, dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bernama
#Gemas
#Ketua Polis Daerah Tampin
#SMK Tuanku Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan