Tutup

Pelajar cemas asrama sekolah terbakar

Pelajar cemas asrama sekolah terbakar
Pihak bomba memaklumkan, kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang Isnin itu telah memusnahkan 20 peratus tingkat atas bangunan tiga tingkat berkenaan. - Foto ihsan JBPM
MUKAH: Seramai 168 pelajar lelaki cemas apabila bangunan asrama yang dihuni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah di sini, terbakar petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang Isnin itu telah memusnahkan 20 peratus tingkat atas bangunan tiga tingkat berkenaan.

Walau bagaimanapun, ujarnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu kerana semua penghuni asrama sempat menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.04 petang dan insiden itu hanya menjejaskan empat buah bilik di bahagian siling tingkat atas bangunan asrama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.




Tag: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM, asrama sekolah terbakar, SMK Mukah, kebakaran



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.