Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman secara berperingkat mulai Isnin ini.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, hanya pelajar yang pulang ke kampung halaman dari zon hijau diberikan kebenaran ketika ini.
"Pelajar-pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing secara berperingkat-peringkat mulai Isnin, 27 April 2020 KECUALI dari zon merah dan kuning.
"Pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang juga terletak dalam zon hijau. Persiapan rapi sedang dilakukan bagi menghantar para pelajar dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, KPT telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di IPT yang telah dikenalpasti ke destinasi masing-masing.
Manakala bagi aspek keselamatan dan kesihatan pula jelas Noraini adalah prioriti utama pihaknya. Justeru setiap perkhidmatan pengangkutan akan diiringi oleh seorang pegawai perhubungan yang mempunyai senarai lengkap pelajar.
"Selain itu, saringan gejala (suhu badan, sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas) akan dijalankan oleh KKM dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum pergerakan pelajar.
"Pelajar diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial (social distancing), memakai topeng muka (face mask) di sepanjang perjalanan dan mengamalkan kebersihan dengan memakai hand sanitizer," kata Menteri Pengajian Tinggi itu.
Sebarang pertanyaan berkaitan garis panduan kepada ibu-bapa dan pelajar boleh menghubungi hotline Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6628/6623/6124.
Farhad Manjoo, Fareez Azman
Sun Apr 26 2020
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan media mengenai pergerakan pelajar pulang ke kampung halaman pada Ahad. Gambar: Fail
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
Dewan Rakyat: 80 peratus graduan bakal dapat kerja menerusi Penjana KPT-CAP
Noraini berkata, program itu memanfaatkan 7,596 graduan dan sekurang-kurangnya 80 peratus atau 6,077 graduan akan mendapat penempatan pekerjaan.
PdP dalam talian: Bantuan data dan peranti bagi pelajar IPT - Dr Noraini
Pakej Pelan Data dan Peranti Kepada Pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) memudahkan akses pelajar ke proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian.
75,000 graduan terjejas peluang pekerjaan tahun ini
Kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
KPT sasar 20,000 graduan manfaat Penjana KPT-CAP
Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sehingga hari ini, sebanyak 140 program disusun melibatkan sinergi dengan tidak kurang daripada 100 buah syarikat.
COVID-19: Kemasukan ke IPTA di Kedah, Sarawak mungkin ditangguh
Kepulangan penuntut dan kemasukan pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi awam di Kedah dan Sarawak pada Oktober, mungkin ditangguhkan.
790 pelajar IPT berlepas pulang ke kampung halaman pada Isnin malam - Noraini Ahmad
Seramai 790 orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berlepas pulang ke kampung halaman dari sembilan pusat pelepasan pada Isnin malam.
Proses penghantaran pulang pelajar menaiki pesawat bermula 1 Mei ini - Ismail Sabri
Proses penghantaran pulang pelajar menaiki pesawat ke Sabah dan Sarawak termasuk zon utara, zon tengah dan zon selatan di Semenanjung akan bermula 1 Mei ini.
Pelajar IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti mula pulang Isnin ini - KPT
Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman secara berperingkat mulai Isnin ini.
128 buah IPT terima bekalan makanan sepanjang PKP, sumbangan kekal konsisten
Bantuan bekalan makanan kering tambahan tersebut mula diedar ke Universiti Awam, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sejak 21 Mac lalu.
PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini mengadakan dua prosiding membabitkan isu pembangunan Education Malaysia Global Services (EMGS) dan pengurusan subsidi gas petroleum cecair.