awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kerugian lebih RM4,000 akibat panggilan onar dari 'mahkamah'

Bernama
Bernama
10/07/2019
01:16 MYT
Pelajar kerugian lebih RM4,000 akibat panggilan onar dari 'mahkamah'
Mangsa mendakwa telah memberi nombor akaun dan kata laluan perbankan atas talian kepada suspek. - Gambar hiasan
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa penipuan Macau Scam selepas diperdayakan menerusi panggilan telefon yang kononnya datang daripada pihak 'mahkamah'.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata pelajar perempuan berusia 21 tahun itu mendakwa kerugian RM4,140 akibat ditipu.
"Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada wanita yang mewakili Mahkamah Melaka sekitar 1 tengah hari semalam, mengatakan terdapat individu telah menggunakan kad kreditnya untuk membeli dadah.
"Mangsa menafikan perkara itu, namun panggilan itu kononnya disambung ke Ibu Pejabat Kontinjen Melaka atas alasan dia perlu bercakap dengan pegawai penyiasat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa telah memberi nombor akaun dan kata laluan perbankan atas talian miliknya kepada suspek kedua, kononnya bagi urusan siasatan.
Kira-kira setengah jam selepas tamat perbualan itu, mangsa kemudiannya membuat semakan baki akaunnya dan mendapati jumlahnya berkurangan, lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#mahkamah
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#panggilan
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan