awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej di Mesir didakwa beri sokongan kepada Al-Qaeda

Bernama
Bernama
31/12/2015
04:55 MYT
Pelajar kolej di Mesir didakwa beri sokongan kepada Al-Qaeda
Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamad Hidayat, yang didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan. - Foto Bernama
Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir menjadi individu pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Mohamad Hidayat Azman, 19, pelajar Kolej Markaz Salam di Hayyu Asyir, Kaherah didakwa telah memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi ahli kumpulan pengganas itu.
Mohamad Hidayat dari Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak didakwa melakukan kesalahan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Syria antara 5 Sept 2014 hingga 1 Sept tahun ini.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamad Hidayat, yang didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 130J kanun sama kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
Mahkamah menetapkan 28 Jan depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Topic Berkaitan
#Al-Qaeda
#Hidayat Azman
#Kaherah
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan