awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej ditemui mati, dipercayai dibunuh

Bernama
Bernama
25/05/2018
01:08 MYT
Pelajar kolej ditemui mati, dipercayai dibunuh
Nuralya Damia, 19 tahun, ditemui mati dekat kawasan semak di Taman PD Permata, Port Dickson malam tadi. - Facebook/Nur Fitri Damia
Seorang pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) di sini ditemui mati dengan kesan jerut pada leher dipercayai dibunuh, dekat kawasan semak di Taman PD Permata di sini, kira-kira 10.30 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor, berkata sepasukan anggota forensik polis segera ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai mangsa, Nuralya Damia Mohd Hairi, 19, berasal dari Klang, Selangor.
"Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan polis menemui kesan jerut pada leher mangsa dan penuntut Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian tahun akhir itu dipercayai dibunuh.
BACA: Nuralya Damia tak pernah adu terima ugutan - Rakan
Susulan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki dari kolej berkenaan yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa.
"Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di dalam kereta suspek," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bunuh
#Kolej Vokasional Port Dickson
#KVPD
#mati
#Nuralya Damia Mohd Hairi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan