awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lufthansa batalkan penerbangan ke AS menjelang ribut musim sejuk
Enam pemain bintang ini berpotensi terlepas aksi Arsenal vs Manchester United
Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang maut terkena renjatan elektrik

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2017
01:21 MYT
Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang maut terkena renjatan elektrik
Ibu mangsa, Norsiah Shaari (gambar) berkata dia sekeluarga baru sahaja bertemu dengan Siti Nor Manisya kira -kira dua jam sebelum kejadian berlaku. - Foto Astro AWANI
Seorang pelajar perempuan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di sini maut dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik asramanya malam tadi.
Mangsa, Siti Nor Manisya Amer Prem Kumar, 19, pelajar jurusan sains di kolej berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira -kira jam 8.15 malam.
Rakan mangsa kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan kolej.
Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas( HKB) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, ibu mangsa, Norsiah Shaari, 53, berkata dia sekeluarga baru sahaja bertemu dengan Siti Nor Manisya kira -kira dua jam sebelum kejadian berlaku.
“Kali terakhir dalam jam 6 lebih kami angkat barang dia (mangsa), sekitar 7 malam, dia ajak kami makan dan dia belanja kami makan. Dia ceria, saya rasa gembira dia hendak balik dua hari lagi, memang kami waktu makan semua seperti biasa. Dia ceria orangnya, saya terima, redha dengan ujian Allah,” kata Norsiah ketika ditemui di sini malam tadi.
Menurut Norsiah, anaknya akan menamatkan sesi pengajiannya akan Selasa ini.
Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak selepas solat Zohor hari ini.
Topic Berkaitan
#jenazah
#Kolej Matrakulasi Kepala Batas
#meninggal dunia
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan