Pelajar Malaysia antara saintis yang berjaya buktikan teori Einstein

Pelajar Malaysia antara saintis yang berjaya buktikan teori Einstein
Seorang rakyat Malaysia telah mengharumkan nama negara dengan menjadi antara saintis yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti, lapor Malaysia Kini. - University of Glasgow
Seorang rakyat Malaysia telah mengharumkan nama negara apabila namanya merupakan antara saintis yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti, lapor MalaysiaKini.

Hafizah Noor Isa, calon PhD di University of Glasgow ialah antara mereka yang menulis kertas saintifik, 'Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger' yang menjadi tajuk utama media antarabangsa minggu lalu.

Beliau yang berasal dari Machang, Kelantan merupakan bekas pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
"Kejayaan LIGO ini boleh menang Hadiah Nobel. Gembira dapat tahu ada rakyat Malaysia terlibat. Tahniah, Hafizah! " kata profesor fizik Shahidan Radiman seperti dipetik oleh portal MalaysiaKini.

Pembabitan Hafizah dalam penemuan tersebut mendapat perhatian ahli akademik selepas seorang profesor dari Universiti Putra Malaysia, Hishamuddin Zainuddin berkongsi petikan kertas itu di laman Facebooknya.

"Perkara-perkara kecil seperti ini menjadikan kita gembira," tulis Hishamuddin di Facebook.

 

Little did people know that the recent breakthrough paper on the direct observation of gravitational waves involves a...

Posted by Hishamuddin Zainuddin on 

Difahamkan kertas saintifik yang diterbitkan pada Khamis lalu menyenaraikan 1,004 penyumbang dalam projek itu yang diketuai oleh Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory (LIGO) di Amerika Syarikat.

Menurut laman web LIGO, Hafizah terlibat dalam projek itu melalui eksperimen GEO600.

Eksperimen GEO600 dijalankan oleh pasukan saintis dari Jerman dan Britain yang bekerjasama menganalisis data dari peranti yang dibina untuk mencari sinaran graviti daripada sumber fizik alam semesta.