awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut digilis lori ais

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
22/07/2018
15:08 MYT
Pelajar maut digilis lori ais
Mangsa Muhammad Afeef Mohd Adnan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. - Foto sumbangan pembaca Astro AWANI

Seorang murid tahun satu maut selepas dirempuh sebuah lori ais pada Ahad. Insiden berlaku di kilometer sembilan Jalan Sungai Tong-Pelong berhampiran Kampung Langkap, Setiu kira-kira jam 9.15 pagi. Mangsa Muhammad Afeef Mohd Adnan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketika kejadian lori ais berkenaan selesai menghantar ais di sebuah kedai runcit dan ketika ingin memulakan perjalanan pemandu berkenaan dipercayai mengesan terlanggar sesuatu. Pemandu yang berusia 39 tahun itu memberhentikan lorinya sebelum mendapati seorang kanak-kanak berada di bawah kenderaan. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Jelasnya mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Topic Berkaitan
#gilis
#Hospital
#Kanak-kanak
#lori ais
#mangsa
#maut
#Muhammad Afeef
#pelajar
#polis
#Setiu
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan