Seorang pelajar kolej swasta ditahan selepas menyamar sebagai 'polis' dalam satu operasi trafik di sekitar Parit Raja, dekat sini, awal pagi Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhammad Izzudin Runggai berkata dalam kejadian 2.45 pagi, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Batu Pahat selepas menunjukkan kad pengenalan diri palsu.
Katanya pelajar terbabit turut memperkenalkan diri sebagai pegawai berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang sedang memantau penugasan polis di Batu Pahat.
"Curiga dengan dakwaannya, anggota bertugas terus melakukan pemeriksaan dan turut mendapati sepucuk pistol palsu selain sekeping gambar berukuran saiz pasport berseragam polis pada lelaki berkenaan.
"Turut ditemui beberapa aksesori seragam serta peralatan kerja seorang pegawai polis seperti topi, jaket kalis peluru, kunci gari, lampu suluh serta pisau," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Ahad.
Muhammad Izzudin berkata menerusi siasatan didapati kesemua aksesori dan peralatan berkenaan dibeli oleh pelajar itu secara dalam talian sejak beberapa bulan lepas.
Katanya pelajar itu direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam, Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol tiruan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran.
"Jika sabit kesalahan, pelajar itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun dan juga denda sehingga RM5,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 02 2020
Muhammad Izzudin (tengah) menunjukkan seragam, aksesori dan peralatan pegawai polis yang dirampas daripada seorang remaja berusia 19 tahun yang menyamar sebagai seorang pegawai polis pada sidang media 2 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.
Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.
Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.
Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
80 petani hadapi kerugian jutaan ringgit akibat penahan air laut pecah
Salah seorang pengusaha Mazlan Ithnin, 58, berkata kejadian berkenaan berlaku apabila benteng penahan air laut telah pecah semenjak tahun 2018.
Dua maut kereta rempuh kenderaan di pusat servis
Pemandu Honda Civic, Tei Kai Hong, dan penumpang belakang, Marcus Teo Howe Yue, maut di lokasi kejadian.
Sistem akaun diceroboh, syarikat di Johor kerugian RM1.9 juta
Sebuah syarikat yang beroperasi di Batu Pahat, Johor mengalami kerugian RM1.9 juta selepas sistem akaun syarikat itu diceroboh.
Seorang maut, empat cedera dalam nahas tiga kereta
Seorang lelaki tersepit di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dan disahkan maut di lokasi kejadian.