awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar MRSM maut, motor bertembung bas ekspres di Marang

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2019
00:05 MYT
Pelajar MRSM maut, motor bertembung bas ekspres di Marang
Motosikal yang ditunggangi mangsa dikatakan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan. - Astro AWANI
Seorang pelajar maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 43 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kg Gong Balai, di sini pada Selasa.
Nahas kira-kira jam 9.30 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Haziq Mohd Aminudin, 17 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika kejadian, bas ekpres yang membawa lima penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.
Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi mangsa dikatakan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.
Impak dari kemalangan itu menyebabkan mangsa, pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang, mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#mangsa
#maut
#mayat
#meninggal dunia
#pelajar
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan