Pelajar OKU USM nikmati kemudahan kelas pertama

Pelajar OKU USM nikmati kemudahan kelas pertama
Kemudahan seperti tandas mesra PKU, platform kerusi roda dan parkir kenderaan yang dekat dengan bilik disedikan untuk PKU. - Foto AWANI Rangers USM
GELUGOR: Pelajar kelainan upaya (PKU) di Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menikmati kemudahan kelas pertama setelah kerja-kerja penambahbaikan paip dan tandas selesai di Desasiswa Aman Daman Fajar Harapan (ADFH).

Menurut Penggawa Desasiswa Aman, Zain Dolah, seramai 41 PKU ditempatkan semula di tempat itu berkuat kuasa semester ini.

Yang Dipertua Sekretariat Insan Istimewa USM (SISWA), Muhamad Hamizan berkata, pembukaan Desasiswa Aman akan memberi pelbagai kemudahan kepada PKU.
"Kemudahan seperti tandas mesra PKU, platform kerusi roda dan parkir kenderaan yang dekat dengan bilik disedikan untuk PKU," jelas beliau.

Tambahnya lagi, sebelum ini PKU ditempatkan di blok kediaman yang lain yang telah menyukarkan urusan harian mereka dan kekurangan kemudahan untuk PKU.

Bagi seorang pelajar PKU, Ahmad Fadhli, beliau rasa amat lega apabila dipindahkan semula ke Desasiswa Aman kerana jaraknya yang lebih dekat dengan bilik kuliah.

Sebagai satu inisiatif bantuan untuk PKU, USM turut menyediakan bantuan makanan, kelas di aras bawah, kebebasan parkir kenderaan dan menyediakan pengangkutan van untuk ke kelas.


*Laporan ini disediakan AWANI Rangers Universiti Sains Malaysia, Fiqrie Mohd Firoz.

*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**AwaniRangers USM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Sains Malaysia.