Kira-kira 50 pelajar Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman di jajahan ini, terpaksa menempuh jalan balak yang berlumpur pada Selasa bagi memastikan dapat memulakan persekolahan pada Rabu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab Aziz Yusof, berkata pelajar yang tinggal di Pos Bihi, Gob, Simpor dan Belatim itu, dibawa keluar menggunakan pacuan empat roda oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan untuk kembali ke lapan sekolah di bandar itu.
"Mereka (pelajat Tingkatan Lima dan Enam) bertolak pada 9 pagi dan tiba pada di sekolah masing-masing pada 4 petang semalam (Selasa) berikutan jalan balak yang rosak teruk akibat hujan.
"Mereka kemudiannya menginap di asrama dan memulakan sesi pembelajaran pada hari ini (Rabu) seperti pelajar-pelajar lain," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, pada Rabu.
Katanya beliau difahamkan masih ada sebilangan pelajar Orang Asli yang tidak dapat kembali ke sekolah namun akan berbuat demikian pada Ahad ini menggunakan kaedah sama.
Sementara itu, Ago Along, 53, dari Pos Simpor berkata anak perempuannya, Anis, 17, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra I di sini, teruja dapat kembali ke sekolah.
"Walaupun anak berdepan rintangan ketika mahu kembali ke sekolah, namun saya lihat dia tetap bersemangat untuk kembali belajar selepas lebih tiga bulan berada di kampung berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Menghadapi kesukaran untuk kembali ke sekolah adalah perkara biasa bagi kami masyarakat Orang Asli kerana kurang kemudahan seperti masyarakat lain namun saya harap Anis belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 24 2020
Semua pelajar Tingkatan Lima dan Enam itu terpaksa memulakan perjalanan semalam bagi memastikan mereka dapat bersekolah hari ini. -BERNAMA
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Pelajar Orang Asli rentas jalan balak berlumpur kembali ke sekolah
Kira-kira 50 pelajar Tingkatan Lima dan Enam masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman terpaksa memulakan perjalanan semalam dengan menempuh jalan balak yang berlumpur.
Fenomena kerang terdampar di pantai bukan petanda tsunami
Prof Mazlan Abd Ghaffar berkata kejadian itu berkait rapat dengan faktor hujan lebat dan hakisan pantai terutama pada musim tengkujuh.
Kereta jatuh jambatan mungkin terbenam dalam lumpur - Pasukan SAR
Keadaan arus yang deras turut menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kemalangan.