awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar perlu asingkan diri dengan keluarga dalam masa 14 hari - Awang Bulgiba

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
24/04/2020
09:01 MYT
Pelajar perlu asingkan diri dengan keluarga dalam masa 14 hari - Awang Bulgiba
Awang Bulgiba berkata, langkah itu disifatkan sebagai antara SOP terbaik dan paling selamat bagi mengelakkan penularan rantaian COVID-19. - Gambar Universiti Malaysia
Semua pelajar yang terlibat dalam usaha menghantar pulang ke rumah masing-masing perlu menjalani proses ujian saringan kesihatan bagi memastikan kesemuanya bebas daripada jangkitan COVID-19.
Pakar dan Profesor Epidemiologi dan Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, langkah itu disifatkan sebagai antara Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaik dan paling selamat bagi mengelakkan penularan rantaian COVID-19.
Selain itu, menurut beliau, proses kuarantin diri atau mengasingkan diri daripada keluarga dalam tempoh 14 hari juga dilihat penting dan perlu dilakukan meskipun telah berada di rumah.
“Antara lain SOP yang perlu dititikberatkan adalah daripada aspek pengangkutan. Ini kerana pada saya pengangkutan yang sesuai untuk mereka gunakan adalah seperti bas milik universiti masing-masing agar mudah urusan sanitasi dibuat sebelum dan selepas penghantaran dibuat.
BACA: PKP: 53,000 pelajar IPT mula pulang pada Isnin - Ismail Sabri
“Selain itu, pemandu bas atau pembantunya juga mestilah mereka yang bebas jangkitan dan setiap pergerakan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa agar memudahkan perjalanan dan tidak menimbulkan kesesakan mahupun perhimpunan dalam jumlah besar di pusat penurunan pelajar.
“Aspek penjarakan sosial khususnya dan memakai topeng muka dalam pengangkutan sama ada dalam bas atau kapal terbang perlu diamalkan meskipun antara pelajar,” katanya menerusi Buletin AWANI pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Awang Bulgiba berkata, semua pelajar disarankan untuk menggunakan satu aplikasi khas bertujuan memudahkan Kementerian Kesihatan mengesan jika ada jangkitan atau kluster baharu.
"Jika semua ini boleh diatur dan mereka tiada jangkitan, saya percaya mereka boleh dihantar dengan selamat.
"Dalam tempoh dua minggu dari sekarang dan pertengahan bulan Ramadan kita boleh atur gerak untuk hantar mereka.
"Jika semuanya lancar, saya rasa mereka boleh meraikan Aidilfitri bersama keluarga tanpa perlu mengasingkan diri daripada keluarga," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#COVID-19
#keluarga
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#operasi
#pelajar
#pelajar balik
#perhimpunan
#Ramadan
#rumah
#SOP
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan