Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK Kuala Besut) telah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam Pertandingan Akhir Projek Nuklear di Gyeongju, Korea Selatan.
Kemenangan ini disambut baik oleh Rusia dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa kini bersedia untuk menawarkan peluang latihan dan pekerjaan kepada pelajar terbabit pada masa akan datang.
Ketiga-tiga pelajar tersebut adalah, Muhammad Syazwan Mat Sidik, 19 tahun; Muhammad Anuar Abd Ghani, 19 tahun, dan Safyyah Muhammad Nasir, 18 tahun dan guru, Wan Zul Azri Wan Mohd Shatar.
Malaysia terpilih antara lima negara ke peringkat akhir Pertandingan Projek Nuklear yang akan berlangsung di Gyeongju pada hari ini.
Menurut Ketua Bidang Sains Matematik SMK Kuala Besut, Faizul Abd Rahman, pasukan itu membeli tapak di Google Apps dengan memasang aplikasi NBEST yang dapat dimuat turun
"Usaha itu berkonsep 'i-clear about nuclear' di mana masyarakat dapat lebih memahami mengenai tenaga nuklear dan keperluannya dalam kehidupan," kata Faizul.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menerusi kenyataan Facebook telah mengucapkan tahniah kepada pelajar dan guru terbabit.
"Pelajar terbabit terpilih mewakili negara untuk bersaing dengan pelajar dari 300 sekolah di seluruh dunia.
“Mereka mengetengahkan tema mengenai kebaikan kuasa nuklear dengan tajuk persembahan ‘100 things about Nuclear Science And Life” (100 perkara mengenai Sains Nuklear dan Kehidupan).
“Mereka sememangnya berminat dalam bidang nuklear dan menyertai pertandingan berkenaan selepas mendapat tahu Agensi Nuklear Malaysia membuka penyertaan kepada sekolah-sekolah seluruh negara pada pertengahan tahun lalu,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut.
Katanya lagi, apa yang lebih membanggakan adalah SMK Kuala Besar hanya sekolah menengah biasa yang terletak di luar bandar di perkampungan nelayan, tetapi mampu terpilih mewakili negara untuk bertanding di peringkat dunia.
Dania Zainuddin
Thu May 31 2018
Ketiga-tiga pelajar tersebut adalah, Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar Abd Ghani dan Safyyah Muhammad Nasir, 18 dan guru, Wan Zul Azri Wan Mohd Shatar.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.