Seorang pelajar lelaki sekolah menengah maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau di KM 16 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini awal pagi tadi.

Muhamad Naqib Zubair Zamrullizam, 15, dari Kampung Kepayang, Ipoh, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat kecederaan parah dalam kejadian kira-kira 2.34 pagi itu.

BACA: Kerbau melayang atas Porsche

BACA: Kerbau bertuah naik Honda Odyssey

BACA: Dua kerbau dicuri, disumbat masuk dalam kenderaan MPV

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan ke Gopeng.

"Kita masih menyiasat bila dan bagaimana kejadian berlaku serta segala butiran mengenai motosikal mangsa semasa kejadian tersebut belum diperoleh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

-- BERNAMA