Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dihantar ke sebuah pusat tahfiz tidak berdaftar di Lanchang, Temerloh dekat sini, maut dengan kesan lebam pada tubuhnya, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata mangsa disahkan meninggal dunia pada 1 tengah hari, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang.
Katanya, polis kini menahan tiga remaja berusia 13 tahun yang juga pelajar di pusat tahfiz itu bagi membantu siasatan kematian mangsa.
"Maklumat awal menyatakan mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pusat tahfiz itu, yang kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan tersebut.
"Mangsa difahamkan baru belajar di situ sejak pertengahan Oktober lepas, bersama-sama dengan abang tirinya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Othman berkata siasatan awal mendapati pusat tahfiz yang beroperasi di sebuah rumah batu mula mengambil pelajar sejak awal tahun ini, dan buat masa ini mempunyai empat pelajar termasuk mangsa.
Pusat tahfiz itu dikendalikan oleh pasangan suami isteri, dengan tenaga pengajarnya ialah suami kepada warden tersebut.
Othman berkata bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh hari ini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 07 2019
Seorang murid tahfiz ditemukan maut dengan kesan lebam pada tubuhnya semalam. -Gambar fail
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jabatan Kesihatan Pahang siasat kematian kanak-kanak lelaki OKU
JKNP memberi jaminan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan yang tular di media sosial hari ini.
Aksi 'Superman' ragut nyawa penunggang motosikal
Akibat pelanggaran, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan tangan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Gelandangan ditemui meninggal dunia dalam tandas
Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tandas tersebut.
Pesakit mati jatuh dari tingkat tujuh bangunan hospital
Berdasarkan laporan doktor, mangsa menerima rawatan kerana demam panas dan jangkitan kuman di otaknya.
Nahas LPT: Hasrat Nurul Syafiqah dijemput adik-beradik tidak kesampaian
Pelajar tahfiz, Nurul Syafiqah Yusri sepatutnya pulang ke kampung halaman di Kulai, Johor, bersama abang, kakak dan dua adiknya, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut.
HoSHAS pecah rekod lakukan 120 pembedahan katarak dalam tempoh 4 hari
Sebanyak 120 pembedahan katarak dilaksanakan melibatkan 100 peratus tenaga dalaman hospital berkenaan bermula 22 hingga 25 Ogos, tahun ini.
PM ziarah keluarga sahabat di hospital
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bertemu ahli keluarga sahabatnya yang dirawat di hospital itu.
COVID-19: Operasi HoSHAS seperti biasa, hanya bahagian terlibat ditutup
Penutupan yang bermula semalam hingga 20 Jun ini melibatkan Klinik Pakar Unit Rawatan Harian, Unit Hemodialisis dan Jabatan Rehabilitas.
COVID-19: Elak diri jadi punca kluster - MB Pahang
Terdapat jangkitan COVID-19 iaitu kluster mini membabitkan wad lelaki di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh yang berpunca daripada seorang penjaga pesakit yang bergejala.
Warga emas ditemui meninggal dunia dalam rumah
Jamil Ismail, 67, yang juga seorang pesara kerajaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.