Skip to main content

Malaysia

Pelajar terlibat Daish: Kementerian beri maklumat kepada polis

41457359284_Militantsilhouette.jpg
Kementerian Pendidikan Tinggi telah memberi maklumat kepada pihak polis mengenai dua pelajar universiti awam yang terlibat dalam kegiatan Daish seperti dilaporkan media.

"Pihak kementerian akan terus memberi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam hal ini," kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Kementerian itu menegaskan bahawa pemantauan kini dipergiatkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memastikan gejala penglibatan pelajar dalam kegiatan Daish dapat dibendung sepenuhnya. -BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement