awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tiga sekolah di Gua Musang terkandas akibat laluan utama banjir

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/01/2018
07:36 MYT
Pelajar tiga sekolah di Gua Musang terkandas akibat laluan utama banjir
Sebanyak lapan keluarga membabitkan 30 orang telah berpindah ke Pusat Pemindahan SK Limau Kasturi 2 selepas rumah mereka ditenggelami banjir. Astro AWANI / MUHAFANDI MUHAMAD
Seramai 100 orang pelajar di Kampung Limau Kasturi di sini tidak dapat memulakan sesi persekolahan baharu apabila terkandas selepas laluan utama kawasan itu ditenggelami banjir hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Limau Kasturi, Mohd Sokani Mat berkata, keadaan itu melibatkan 70 murid sekolah rendah dan 30 pelajar sekolah menengah.
Katanya, air sungai naik kira-kira pukul 6 pagi tadi selepas hujan lebat sejak semalam yang berterusan hingga menyebabkan air Sungai Galas meningkat dengan cepat.
Pelajar yang terlibat adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1, SK Limau Kasturi 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap.
Tambah Mohd Sokani, sebanyak lapan keluarga membabitkan 30 orang telah berpindah ke Pusat Pemindahan SK Limau Kasturi 2 selepas rumah mereka ditenggelami banjir.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan kejadian banjir di dua kawasan, iaitu di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh dan Limau Kasturi.
Katanya, buat masa ini, semua anggota keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan bantuan dapat disalurkan segera.
Topic Berkaitan
#banjir
#Gua Musang
#hujan
#pusat pemindahan
#rumah
#sekolah
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan