UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menzahirkan rasa bangga apabila seorang pelajar Fakulti Perakaunan UiTM layak dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan dunia apabila memperoleh skor 100 peratus bagi kertas Recording Financial Transactions (FA1), lapor Bernama.
Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata pelajar program Certified Accounting Technician (CAT), Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019, baru-baru ini.
“Pencapaian itu melayakkan beliau dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan di dunia oleh badan profesional perakaunan, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.
“Kejayaan tersebut membuktikan dengan kesungguhan dan usaha yang gigih serta sokongan padu pihak universiti, rakyat Malaysia boleh mencapai pengiktirafan di arena global,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pelajar berkenaan melanjutkan pengajian di UiTM pada Julai lalu selepas memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mohd Azraai berkata bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak itu meneruskan kecemerlangannya di universiti apabila memperoleh skor tertinggi dalam peperiksaan FA1 walaupun tidak mempunyai pengetahuan asas dalam mata pelajaran perakaunan sebelum ini.
“Beliau merupakan pelajar aliran sains semasa di sekolah menengah namun memutuskan untuk menukar bidang kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar,” katanya.
Sementara itu, Hakeem menyifatkan interaksi antara pelajar dan pensyarah adalah sangat penting bagi menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.
Berkongsi petua mengenai pencapaiannya, anak ketiga daripada lima beradik itu tetap menjalani aktiviti bersama rakan seperti menonton filem dan bersukan namun meletakkan batasan serta memantau kegiatannya supaya dapat seimbang dengan pelajaran.
“Saya bersyukur dikelilingi rakan dan pensyarah yang sangat membantu walaupun saya selalu mengajukan banyak pertanyaan dalam kelas.
"Selain itu, pensyarah yang mengajar subjek ini juga sangat membantu semasa dan selepas waktu kuliah,” katanya.
Beliau turut menyatakan perancangannya untuk melanjutkan pengajian di ACCA setelah menamatkan program CAT bagi meneroka kerjaya dalam bidang percukaian kerana dilihat mencabar serta mempunyai peluang pekerjaan yang luas di Malaysia.
Astro Awani
Fri Dec 06 2019
Hakeem Mohammad Akmal mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna Abu Zar dan Danish Zafran Bazam, kerana berjaya meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan ACCA.
Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA
Hannah Mumtazah turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting dalam peperiksaan ACCA itu.
ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan
Siti Naziah berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.
Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan mereka menjadi antara 10 teratas dunia dalam pepe
Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac
Pelajar dari keluarga B40 dan asnaf itu antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.
Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA, CAT
Dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, pelajar semester akhir program CAT.
Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.
Pelajar UiTM cipta sejarah, dianugerah gelaran tertinggi dunia oleh ACCA
Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019, baru-baru ini.
Bangganya! Mafudah anak Melayu dari Jertih gondol tempat pertama ACCA
Kejayaan itu menobatkan beliau anak Melayu pertama yang berjaya mendapat tempat teratas di peringkat dunia dengan memperoleh markah tertinggi iaitu 95 peratus.
Jumlah akauntan bumiputera dijangka meningkat hingga 30 peratus menjelang 2030
Beliau berkata MyPAC yang melahirkan 110 akauntan bertauliah bumiputera sejak ditubuhkan tiga tahun lalu, dilihat mampu menjadi pengubah permainan dalam usaha tersebut.