Anak peniaga pasar malam, Siti Aisah Kamarulzaman, muncul graduan terbaik Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia dan ketujuh terbaik ACCA dunia bagi peperiksaan Jun 2013.
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata Siti Aisah menduduki tempat ketujuh terbaik daripada 6,000 calon yang menduduki peperiksaan berkenaan dari seluruh dunia.
"UiTM sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Siti Aisah yang membuktikan bahawa jika kita mahukan sesuatu, tiada yang mustahil dan sesiapa juga mampu melakukannya," katanya pada sidang media meraikan kejayaan itu hari ini.
Beliau berkata Siti Aisah juga mewarisi kejayaan yang dicapai abangnya, Khalid, yang turut muncul graduan terbaik di Malaysia dalam peperiksaan sama tahun lepas.
Siti Aisah, 21, penuntut Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan UiTM, muncul terbaik daripada 724 graduan ACCA di negara ini.
"Saya bersyukur dengan pencapaian ini serta berterima kasih kepada kedua ibu bapa dan pensyarah saya yang banyak memberi sokongan serta semangat sepanjang pengajian saya, merekalah kekuatan dan pendorong kejayaan bermakna ini.
"Sejujurnya, saya tidak jangka langsung kejayaan ini dan bersyukur kerana mampu mengulangi pencapaian cemerlang abang dalam peperiksaan ini," kata anak keempat daripada sembilan beradik itu.
Beliau berkata pengalaman ayahnya, Kamarulzaman Udin, 51, sebagai peniaga pasar malam dan nasihat ibunya, Saadah Rahmat, 52, seorang guru, banyak memberi semangat untuk sentiasa berusaha mencapai kejayaan dalam hidup.
Siti Aisah, yang kini berkhidmat di sebuah firma perakaunan terkemuka, berkata tiada rahsia tertentu untuk mencapai kejayaan sebaliknya perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Peminat bidang muzik itu turut berterima kasih kepada UiTM dan ACCA serta firma perakaunan BDO, selaku penaja yang menyediakan peluang untuk beliau sehingga muncul sebagai antara yang terbaik dalam bidang perakaunan.
Dalam perkembangan lain, Sahol Hamid berkata mulai tahun depan, semua kursus profesional UiTM akan ditawar di Medan Mara, Kuala Lumpur bagi memudahkan penuntut hadir ke kelas tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya.
"Jadi, mereka yang ingin ikuti kursus profesional boleh mengikutinya di Kuala Lumpur tanpa perlu ke Shah Alam, di mana kita bekerjasama dengan MARA bagi menyediakan kemudahan pengajian ini," katanya.
Bernama
Sat Nov 09 2013
Rebat tol 20 peratus untuk pengguna kerap LDP ditamatkan
Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program LITRAK Frequent Travellers Program (LFTP) berkuat kuasa 1 April depan.
Pantau Belanjawan: SMEs, local businesses' Industry 4.0 transformative journey
According to MITI in 2018, less than 21% of SMEs implemented this 4IR. Join Chan Leong, the CEO & Founder of Skribble, exploring the realignments and leverages of the adoption of Industry 4.0 among SMEs and local businesses.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna Abu Zar dan Danish Zafran Bazam, kerana berjaya meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan ACCA.
Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA
Hannah Mumtazah turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting dalam peperiksaan ACCA itu.
ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan
Siti Naziah berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.
Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan mereka menjadi antara 10 teratas dunia dalam pepe
Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac
Pelajar dari keluarga B40 dan asnaf itu antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.
Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA, CAT
Dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, pelajar semester akhir program CAT.
Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.
Pelajar UiTM cipta sejarah, dianugerah gelaran tertinggi dunia oleh ACCA
Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019, baru-baru ini.
Bangganya! Mafudah anak Melayu dari Jertih gondol tempat pertama ACCA
Kejayaan itu menobatkan beliau anak Melayu pertama yang berjaya mendapat tempat teratas di peringkat dunia dengan memperoleh markah tertinggi iaitu 95 peratus.
Jumlah akauntan bumiputera dijangka meningkat hingga 30 peratus menjelang 2030
Beliau berkata MyPAC yang melahirkan 110 akauntan bertauliah bumiputera sejak ditubuhkan tiga tahun lalu, dilihat mampu menjadi pengubah permainan dalam usaha tersebut.