awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jemaah Menteri setuju cadangan had tempoh PM selama 10 tahun - Azalina
Senat AS lulus pakej pembiayaan kerajaan
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar UM boleh jumpa Naib Canselor jika tidak puas hati - Maszlee Malik

Bernama
Bernama
08/10/2019
07:16 MYT
Pelajar UM boleh jumpa Naib Canselor jika tidak puas hati - Maszlee Malik
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya perlu bertemu Naib Canselor universiti itu jika tidak puas hati, kata Dr Maszlee Malik. - Gambar fail
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) perlu bertemu Naib Canselor universiti itu, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Katanya, pertemuan antara kedua-dua belah pihak adalah lebih baik berbanding menyelesaikan isu itu dengan membuat kenyataan kepada media.
"Mereka boleh suarakan rasa tidak puas hati terus kepada Naib Canselor (Dr Abdul Rahim) dan saya percaya beliau (Abdul Rahim) seorang yang berfikiran terbuka dan akan mendengar apa yang pelajar mahu suarakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Dilaporkan kesatuan mahasiswa berkenaan menggesa Abdul Rahim meletakkan jawatan berhubung ucapannya pada Kongres Maruah Melayu, Ahad lepas.
Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan ke atas pelajar itu, Maszlee berkata: "Kita bukan berada di zaman (kerajaan) Barisan Nasional". - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Abdul Rahim Hashim
#Dr Maszlee Malik
#Kesatuan Mahasiswa
#Menteri Pendidikan
#Naib Canselor
#UM
#universiti malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan