Seorang pelajar tahun akhir jurusan perubatan sebuah universiti awam di sini, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas kesalahan Muncikari atau menjadi 'bapa ayam' Ogos tahun lepas.
Mohd Luqman Zulkepli, 29, berasal dari Panji Alam dekat sini, dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di bandar raya ini antara pukul 2.43 pagi hingga 6.05 petang, pada 27 hingga 28 Ogos 2018.
Dia dituduh mengikut Seksyen 28 (Muncikari), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu jika sabit kesalahan.
Hakim Kamalruazmi Ismail kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan 24 Feb sebagai tarikh perbicaraan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie Muhammad Khasmizan Abdullah manakala tertuduh diwakil peguam Fazru Anuar Yusof dan Mohd Sofian Arifin. -- Bernama
Astro Awani
Wed Jan 16 2019
Mohd Luqman (kanan) ketika di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu hari ini. - BERNAMA
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Bapa ayam sanggup lacur isteri sendiri, 'jual' khidmat di WeChat
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melacurkan serta menjadi bapa ayam kepada isterinya ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, di sini pada Rabu.
Pelajar universiti mengaku tidak bersalah jadi bapa ayam
Tertuduh ialah Mohd Luqman Zulkepli, 29 tahun, seorang pelajar tahun akhir jurusan perubatan sebuah universiti awam di Terengganu.
'Jadi pelacur demi kekasih'
Siasatan mendapati wanita itu terjebak dalam dunia pelacuran sejak empat bulan lalu dan menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan.
Bakal doktor jadi 'bapa ayam' dipenjara lagi
Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairul Azzuar Yusoff, 30, selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah ketika sebutan kes itu hari ini.
'Pekerja seks' tumpas selepas rumah urut diserbu
Anggota Bahagian Anti-Maksiat D7 menahan enam warga asing dan seorang bapa ayam dalam serbuan di sebuah pusat urut kebal.
GRO, 'bapa ayam' ditahan dalam operasi Ops Noda
25 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan, GRO ditahan di dua pusat hiburan di Damansara Perdana Petaling Jaya dalam satu operasi mencegah maksiat malam tadi.