Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pelajar warga asing hanya dibenarkan solat Jumaat dalam masjid di kampus

Pelajar warga asing hanya dibenarkan solat Jumaat dalam masjid di kampus
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar warga asing yang berada di negara ini hanya dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masijd dalam kampus universiti masing-masing.
PUTRAJAYA : Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar warga asing yang berada di negara ini hanya dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masijd dalam kampus universiti masing-masing.

Jelasnya, mereka tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid luar kampus.
"Kalau yang sudah ada lama dalam kampus dan tiada lagi ketika ini kluster baru dalam kampus seluruh negara, maka boleh dibenarkan namun dalam masjid di kampus. Contoh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ada masjid dan pelajar itu tinggal dalam kamus dan tiada isu dalam UIAM," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat. 

Malah katanya, pelajar asing yang baru pulang dari luar negara dan negatif COVID-19 juga dibenarkan menunaikan solat dalam kampus universiti masing-masing. 
"Mana-mana pelajar pulang dari luar negara dan didapati negatif COVID-19 maka apabila masuk dalam negara  dan pulang ke kampus , mereka dibenarkan solat Jumaat dalam masjid dalam kampus, namun  bukan di masjid di luar kampus," ujar beliau lagi. 



Tag: ismail sabri yaakob, Islam, Media, pelajar, keselamatan, menteri, warga asing, Malaysia, koronavirus, Solat Jumaat, COVID19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.