awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOT teliti wajibkan pemandu ada rekod kesalahan ikuti kursus pemanduan defensif
Jalan Pintasan Semenyih: Ini Malaysia baharu, jangan lengah laksana projek - PM
Papa Zola The Movie raih lebih empat juta penonton Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajari bahasa isyarat, mudah komunikasi dengan OKU pendengaran

Bernama
Bernama
16/02/2020
21:22 MYT
Pelajari bahasa isyarat, mudah komunikasi dengan OKU pendengaran
Dalam masa yang sama, beberapa inisiatif juga dijalankan kerajaan negeri sebagai usaha menyantuni golongan tersebut.
Masyarakat di negeri ini disaran agar mempelajari dan menguasai bahasa isyarat bagi memudahkan komunikasi dengan golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Liow Cai Tung berkata selain menjadi ejen pemudah cara untuk menyantuni golongan istimewa itu, ia sekali gus dapat mengatasi isu kekurangan jurubahasa untuk bahasa isyarat dan selain melihatnya sebagai peluang pekerjaan.
Dalam masa yang sama, beberapa inisiatif juga dijalankan kerajaan negeri sebagai usaha menyantuni golongan tersebut.
"Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia (KABIM) oleh kerajaan negeri di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) pada tahun lepas disertai 40 orang kalangan jabatan dan agensi kerajaan bagi memantapkan barisan hadapan jabatan kerajaan.
"Kesemua mereka ini saya harap dapat terus ke peringkat seterusnya untuk meningkatkan kemahiran mereka," katanya kepada pemberita selepas hadir ke majlis penyerahan replika cek dan majlis ramah mesra sempena Tahun Baru Cina Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO) di Jalan Yahya Awal, di sini, pada Ahad.
Dalam majlis tersebut, Liow turut menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada Presiden SDJO Mohd Yazid Bain bagi digunakan untuk kelengkapan peralatan pejabat SDJO.
Sehingga kini, SDJO mempunyai 1,200 ahli yang berdaftar dengan seorang jurubahasa Muhammad Nasrullah Kadiron yang bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Komuniti Pekak Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahasa isyarat
#Johor
#keluarga
#Liow Cai Tung
#OKU
#Orang Kurang Upaya
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan