Pelakon filem KL Gangster direman tiga hari

Pelakon filem KL Gangster direman tiga hari
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairul Azhar Mohd Ishak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelakon filem KL Gangster direman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas dia didapati positif dadah jenis ganja.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairul Azhar Mohd Ishak.
Dia disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pelakon itu yang berusia 48 tahun itu sebelum ini ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 11 malam pada Selasa selepas dia hadir bagi memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai penahanan itu.

BACA: Pelakon filem ditahan polis akibat dadah