awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon muda ditahan jalin hubungan dengan isteri orang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/05/2020
12:19 MYT
Pelakon muda ditahan jalin hubungan dengan isteri orang
Polis telah menahan reman suspek bermula hari ini sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.
Polis menahan seorang pelakon selepas disyaki menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, pihaknya menahan suspek yang berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay Ampang, Selangor, pada Selasa.
"Suami wanita itu berusia 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga mendapati isterinya telah tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.
"Suaminya mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, polis telah menahan reman suspek bermula hari ini sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib," jelasnya.
Topic Berkaitan
#ganggu isteri orang
#Noor Azmi Yusoff
#PDRM
#pelakon
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan