awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan dua guru dalam satu kelas perlu perancangan rapi

Bernama
Bernama
29/12/2017
09:37 MYT
Pelaksanaan dua guru dalam satu kelas perlu perancangan rapi
Chong bergambar dengan 15 pelajar cacat pendengaran dari Zhengzhou Institute of Technology, China di Limkokwing University of Creative Technology di sini hari ini. --fotoBERNAMA
Pelaksanaan dua guru dalam satu kelas memerlukan perancangan rapi selain bergantung kepada kemampuan kerajaan kerana ia akan meningkatkan bilangan guru sedia ada dan perbelanjaan besar, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
Beliau berkata, pelaksanaan dua guru dalam satu kelas merupakan cadangan yang baik dan ia sudah dilaksanakan di negara-negara maju di mana seorang lagi guru berperanan sebagai pembantu.
"Namun, realitinya Malaysia masih dalam usaha untuk memenuhi permintaan guru di sekolah terlebih dulu sebelum negara mencapai tahap negara maju di mana ada dua orang guru boleh ditempatkan dalam satu kelas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Kemahiran Bahasa Inggeris kepada 15 pelajar cacat pendengaran dari Zhengzhou Institute of Technology, China di Limkokwing University of Creative Technology di sini hari ini.
Chong berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar hari ini mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin bahawa Kementerian Pendidikan sedia mempertimbang pelaksanaan dua guru dalam satu kelas.
Pelaksanaan ini adalah selaras keperluan pedagogi atau proses pengajaran berikutan arahan pemansuhan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid menjelang 2019.
Jelas Chong, pada masa ini terdapat lebih kurang lima juta pelajar di Malaysia dengan 450,000 orang guru.
"Jika dua guru dalam satu kelas dilaksanakan, jumlah guru akan menjadi satu juta dan ini akan memakan belanja yang sangat besar. Jangan terlalu mengejar untuk mengikut negara maju tapi sebenarnya belum mampu lagi," tambah beliau.
Jelas Chong, Malaysia perlu memberi keutamaan untuk memenuhi keperluan guru di sekolah kurang murid sebelum melaksanakan konsep dua guru dalam satu kelas.
Sebagai contoh, katanya, jika sebuah sekolah kurang murid mempunyai enam orang murid iaitu satu bagi setiap darjah dari Tahun Satu hingga Tahun Enam, maka enam orang guru diperlukan.
Jika dicampur seorang guru besar dan seorang guru penolong kanan, maka sebuah sekolah kurang murid memerlukan lapan orang guru kesemuanya biarpun hanya mempunyai enam murid.
Mengenai pelaksanaan menempatkan pembantu guru di sekolah, Chong berkata, setakat ini hanya projek perintis dilaksanakan.
Kalau ada bajet baru, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan ia secara sepenuhnya, jelasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bajet
#Chong Sin Woon
#guru
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#Malaysia
#pelajar
#pendidikan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan