awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan HSO berkesan, tiada ahli keluarga pulang dari luar negara dijangkiti COVID-19

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/07/2020
12:36 MYT
Pelaksanaan HSO berkesan, tiada ahli keluarga pulang dari luar negara dijangkiti COVID-19
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekali gus menunjukkan tanda positif sejak pelaksanaan langkah tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada kes penularan COVID-19 dilaporkan dalam kalangan keluarga individu positif COVID-19 dari luar negara yang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO), setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekali gus menunjukkan tanda positif sejak pelaksanaan langkah tersebut.
Sejak 10 Jun lalu, individu yang pulang dari luar negara tidak lagi ditempatkan di pusat kuarantin, sebaliknya mereka perlu menjalani kuarantin di kediaman masing-masing selama 14 hari.
"Namun begitu, ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada kepatuhan terhadap HSO yang ditetapkan agar tidak berlaku risiko jangkitan di dalam komuniti," katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.
BACA: Tiada kematian selama 23 hari, antara inti pati perkembangan COVID-19 Malaysia
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut mengesahkan sebanyak 647 kes positif COVID-19 import dalam kalangan pengembara, termasuk rakyat Malaysia dan pemastautin tetap dikenal pasti positif di negara ini sejak 3 April hingga 7 Julai.
Kes positif tersebut, kata Dr Noor Hisham dikesan bermula tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua pada 1 April lalu.
Daripada angka tersebut, sebanyak 31 kes dikesan pada fasa kedua; 317 kes (fasa ketiga); lapan kes (fasa keempat); 205 kes ((PKP Bersyarat); serta 86 kes (PKP Pemulihan).
"Justeru, pihak KKM menyeru pengembara yang pulang ke Malaysia supaya terus memberi kerjasama kepada pihak KKM dan patuh kepada syarat di bawah perintah ini (PKPP) agar dapat teruskan usaha kita semua dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#HSO
#kes positif
#Ketua Pengarah Kesihatan
#KKM
#Media
#perintah kawalan pergerakan
#perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah
#PKP
#PKPP
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan