awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Kanada antara tujuh suspek baharu kes koronavirus di Sarawak

Bernama
Bernama
11/02/2020
22:26 MYT
Pelancong Kanada antara tujuh suspek baharu kes koronavirus di Sarawak
Sehingga Isnin, Jabatan Kesihatan menjalankan tapisan kesihatan ke atas 5,984 pelawat yang tiba menerusi laluan udara, darat dan air di seluruh negeri.
Seorang pelancong Kanada yang tiba di lapangan terbang Mulu dua hari lepas, adalah antara tujuh kes suspek baharu novel koronavirus (2019-nCoV) di Sarawak setakat pukul 10.30 pagi Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Menurutnya sebelum tiba di Mulu, pelancong itu mengadu demam, dan rekod perjalanan menunjukkan beliau pernah singgah di beberapa bandar raya, termasuk Singapura, Bali, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.
"Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Miri selepas menjalani tapisan kesihatan yang dijalankan oleh pasukan Jabatan Kesihatan negeri, dan kini dia dikuarantin di hospital berkenaan," kata jurucakap jawatankuasa itu kepada Bernama pada Selasa.
Terdahulu dalam satu kenyataan jawatankuasa itu berkata selain pelancong Kanada, enam lagi pesakit dalam siasatan (PUI) bagi kes-kes 2019-nCoV direkodkan, di mana tiga kini dalam pemerhatian di Hospital Umum Sarawak, dua di Hospital Bintulu dan satu di Hospital Sibu.
"Jumlah kumulatif kes-kes PUI dari 10 Jan sehingga hari ini di Sarawak adalah 67, yang terdiri daripada 49 rakyat Malaysians, 15 warga China dan tiap satu warga Thailang, Indonesia serta Kanada. Dari jumlah kes PUI, 51, disahkan negatif jangkitan koronavirus, manakala 16 kes masih menunggu keputusan ujian makmal," tambahnya.
Sehingga Isnin, Jabatan Kesihatan menjalankan tapisan kesihatan ke atas 5,984 pelawat yang tiba menerusi laluan udara, darat dan air di seluruh negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bintulu
#coronavirus
#Hospital
#kesihatan
#koronavirus
#Kota Kinabalu
#Kuala Lumpur
#lapangan terbang Mulu
#Miri
#pelancong
#pelancong Kanada
#pelawat
#siasatan
#suspek
#tapisan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan