Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC

Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC
Mangsa cedera di kepala dan muka selepas diragut di hadapan KLCC. -Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang pelancong warga emas dari China cedera di kepala dan muka selepas diragut di hadapan bagunan KLCC di Jalan Ampang.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang Jumaat itu turut menyebabkan mangsa berusia 63 tahun itu kerugian wang 400 yuan (kira-kira RM240), pasport, kad kredit, kunci rumah dan pakaian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan pihaknya menerima aduan tentang kejadian itu pada 4.15 petang.

“Ketika berada di hadapan KLCC, pengadu yang merupakan rakan mangsa menyedari rakannya telah diragut oleh seorang lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha berwarna hitam yang nombor pendaftarannya tidak dikenal pasti.

“Akibat kejadian itu mangsa mendapat kecederaan di kepala dan muka sebelah kiri dan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.



Tag: Pelancong China, Warga emas, Ragut, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Shaharuddin Abdullah, KLCC, Yamaha, 400 yuan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.