Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pelanggan kini kembali beli-belah di premis

Pelanggan kini kembali beli-belah di premis
Vivian Yap berkata, semakin ramai pelanggan kembali membeli belah di premis mereka terutamanya selepas kerajaan mula melonggarkan pelbagai sekatan. - Gambar Tesco Malaysia
KUALA LUMPUR: Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakasanakan pada 18 Mac lepas, rakyat Malaysia mula mempraktikkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian.

Industri peruncitan turut terkena tempiasnya apabila ramai beralih ke pembelian secara atas talian namun selepas banyak sekatan mula dilonggarkan, trend tersebut dilihat tidak serancak dahulu.
Pengarah Pelanggan Tesco Malaysia, Vivian Yap berkata, semakin ramai pelanggan kembali membeli belah di premis mereka terutamanya selepas kerajaan mula melonggarkan pelbagai sekatan.

Menurutnya, situasi itu jelas berbeza kerana sebelum ini, jualan atas taliannya meningkat mendadak sehingga tidak dapat menampung permintaan pelanggan.
“Kita lihat peningkatan hampir 30 peratus dalam tempahan. Kita terpaksa ambil lebih ramai pekerja dan tambah slot atas talian kepada lebih 200.

“Namun, kita masih belum dapat memenuhi permintaan pelanggan dan pada masa itu juga, kita melancarkan  'click and collect' dan 'order and collect'.

BACA: Malaysia mampu hasilkan 'cashless society' dengan pendigitalan ekonomi

“Sekarang kami lihat orang kembali ke premis dan jelasnya, jualan atas talian sedikit jatuh namun ke tahap yang kami berada sebelum ini, sebelum PKP,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.

Tambah Vivian, pelanggan kembali membeli-belah di premis kerana mereka berasakan sudah terkurung lama di rumah, jadi kini adalah masa untuk keluar.

“Untuk atas talian, masih ada jualan, jadi jualan atas talian masih kukuh. Tapi saya lihat ramai pelanggan kata, disebabkan mereka lama terkurung, sekarang mereka mahu keluar.

“Sebab itu kita lihat pelanggan mula datang ke premis. Ada yang mengatakannya sebagai ‘revenge spending’.

“Ya, pelanggan kembali mengunjungi premis. Saya fikir dari minggu ke minggu, kami melihat peningkatan pelanggan kembali ke premis dan itu merupakan situasi yang bagus,” ujarnya.

Katanya lagi, disebabkan pandemik COVID-19, kini semakin ramai orang menitik beratkan aspek kewangan dan ingin membeli barangan mampu milik yang berbaloi.

“Kita tahu di Malaysia, statistik menunjukkan lebih 60 peratus pelanggan sekarang mahukan barang yang berbaloi dengan harga.

“Saya fikir itu salah satu cara Tesco membantu mereka. Rakyat kini ambil berat aspek kewangan mereka tapi mereka juga masih perlu berbelanja untuk keluarga,” katanya.


Tag: Astro, Astro Awani, kerajaan, rakyat, rakyat Malaysia, rumah, keluarga, Malaysia, koronavirus, pandemik, perintah kawalan pergerakan, PKP, Tesco, Tesco Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.