Pelbagai gelagat murid Tahun Satu mewarnai hari pertama sesi persekolahan 2020 di empat negeri iaitu Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan hari ini.
Ada yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapa, tidur dalam kelas, malah tidak kurang juga ramai yang teruja berkenalan dengan rakan baharu, antara telatah yang sempat dirakamkan oleh lensa jurugambar Bernama yang membuat tinjauan di sekolah-sekolah di negeri berkenaan.
Menurut Takwim Penggal Persekolahan 2020, kesemua negeri itu dikategorikan sebagai Kumpulan A dan mengikut rekod lebih 130,000 murid Tahun Satu dan 106,391 pelajar Tingkatan Satu mula sesi persekolahan untuk keempat-empat negeri pada Rabu.
Bagi negeri lain akan memulakan hari persekolahan esok (Khamis).
Di JOHOR, mengikut Jabatan Pendidikan Negeri seramai 53,372 murid Tahun Satu; 47,179 pelajar Tingkatan Satu, selain 20,590 kanak-kanak (prasekolah) memulakan persekolahan di 1,189 sekolah.
Sementara itu, di KEDAH kira-kira 60,000 murid memasuki Tahun Satu dan Tingkatan Satu di lebih 700 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Dr Salmee Said berkata hari pertama sesi persekolahan di kesemua sekolah itu berjalan lancar seperti dijadualkan.
Di TERENGGANU, seramai 21,595 pelajar Tahun Satu memasuki sekolah rendah manakala 18,178 pelajar Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan di sekolah menengah.
Pengarah Pendidikan negeri Salim Ab Ghani berkata secara keseluruhan jumlah pelajar sekolah rendah di negeri itu adalah 128,609 pelajar manakala sekolah menengah mencatatkan 96,956 pelajar.
Katanya pada tahun ini terdapat 22,533 guru berkhidmat di seluruh sekolah di Terengganu.
Di KELANTAN seramai 27,900 pelajar Tahun Satu memulakan sesi persekolahan mereka manakala seramai 11,034 pelajar memasuki Tingkatan Satu.
Menurut Jabatan Pendidikan Kelantan jumlah itu membabitkan keseluruhan 267,893 pelajar dan murid berdaftar memulakan sesi persekolahan tahun ini di 418 sekolah rendah dan 177 sekolah menengah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 01 2020
Seorang murid Tahun Satu menangis kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan baru pada sesi persekolahan 2020 ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai hari ini. - Bernama
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Pelbagai gelagat warnai hari pertama persekolahan
Ada yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapa, tidur dalam kelas, malah tidak kurang juga ramai yang teruja berkenalan dengan rakan baharu.