Pemain golf profesional negara, Arie Irawan Ahmad dilaporkan meninggal dunia dalam bilik hotel penginapannya di China atas sebab semula jadi.
Allahyarham berusia 28 tahun.
Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, laporan rasmi koroner belum selesai.
"Arie Irawan, 28, berada di China untuk menyertai Kejohanan Sanya, acara kedua dalam Siri jelajah PGA-China 2019. Kami semua turut sama-sama berdukacita.
"Jelajah PGA dan Persatuan Golf China berdukacita atas pemergian salah seorang ahli kita dan merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Marina, dan kedua ibu bapanya, Ahmad dan Jeny.
"Apabila sesuatu yang sedih seperti ini berlaku dalam dunia golf, kita semua berada dalam keadaan dukacita," ujar kenyataan itu.
Sebagai tanda penghormatan, para pegawai telah membatalkan pusingan akhir Kejohanan Sanya dan kejohanan itu menjadi acara 54 lubang.
Arie Irawan bergelar sebagai pemain profesional pada April 2013 dan dalam musim berikutnya, beliau menyertai Asian Development Tour (ADT) dan memperoleh kad jelajah bagi Jelajah Asia 2015 selepas menduduki ranking keenam dalam Asian Development Tour's Order of Merit.
Pada Januari 2015, beliau memenangi acara Official World Golf Ranking buat julung kali pada PGM Sime Darby Harvard Championship dalam siri Asian Development Tour dan dengan kemenangan ini, Irawan muncul sebagai pemain ranking tertinggi Malaysia dalam ranking dunia.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi posting dalam laman Twitter beliau berkata beliau akan meminta Kementerian Luar membantu untuk membawa balik jenazah allahyarham.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2019
Arie, 28, berada di China untuk menyertai Kejohanan Sanya, acara kedua dalam Siri jelajah PGA-China 2019. - Facebook Arie Irawan
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Pemain golf profesional negara meninggal dunia di China
Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata hari ini, laporan rasmi koroner belum selesai.