Kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka yang akan mula berkuatkuasa mulai 1 Ogos.

Ini merupakan lima perkara penting yang anda perlu tahu pada sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Julai.

1. Kerajaan memutuskan untuk mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka bermula 1 Ogos.

2. Tindakan tegas terhadap premis makanan serta pengunjung yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

3. Orang ramai yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin mulai 24 Julai.

4. Sejumlah 588 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di kediaman mereka.

5. Seramai 2,065 PATI, 563 tekong dan 121 penyeludup ditahan menerusi Operasi Benteng ketika cuba membolos sempadan negara.