Pemancing yang hilang di Sungai Sedili dijumpai lemas

Pemancing yang hilang di Sungai Sedili dijumpai lemas
Sebelum kejadian Azizi difahamkan sedang memancing bersama rakannya di Jambatan Haji Mohd Lazim, Sedili Besar. - Gambar hiasan
KOTA TINGGI: Seorang pemancing yang dipercayai lemas selepas terjun ke Sungai Sedili, di sini semalam untuk menyelamatkan botnya daripada dihanyutkan arus deras, dijumpai lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mayat Azizi Amir, 45, ditemui nelayan kira-kira 5.20 petang tadi kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan terjun.
"Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Sebelum kejadian Azizi difahamkan sedang memancing bersama rakannya di Jambatan Haji Mohd Lazim, Sedili Besar.

Azizi yang beralamat di Kampung Semayong, Sedili Besar dikatakan terjun selepas cuba menyelamatkan botnya yang dihanyutkan arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Azizi dilancarkan semalam dan kemudian disambung pada 8 pagi tadi dengan melibatkan anggota bomba, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perikanan dan nelayan tempatan.

--BERNAMA