Tutup

Pemandu Axia rempuh pekerja pembersihan berjaya dikesan, kini berada di wad

Pemandu Axia rempuh pekerja pembersihan berjaya dikesan, kini berada di wad
pemandu wanita itu dimasukkan ke wad berikutan turut mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan dada akibat rempuhan kemalangan tersebut. - Foto PDRM
GEORGE TOWN: Susulan kejadian seorang pemandu wanita yang merempuh seorang pekerja pembersihan sehingga parah di Jalan Anson, Pulau Pinang pagi tadi, polis mengesahkan pemandu yang memandu kereta perodua Axia  telah dikenal pasti sebagai seorang wanita warganegara Vitenam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata suri rumah berusia 29 tahun yang dilaporkan melarikan diri selepas melanggar pemandu lori sampah pagi tadi, kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di George Town.
Katanya, pemandu wanita itu dimasukkan ke wad berikutan turut mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan dada akibat rempuhan kemalangan tersebut.

"Berdasarkan siasatan kita mendapati, wanita itu sudah tinggal di Pulau Pinang sejak enam tahun lalu dan memandu kereta milik rakannya ketika kemalangan berlaku."
"Siasatan juga mendapati mangsa tidak berada dibawah pengaruh alkohol dan telah pergi ke hospital berkenaan dengan sendiri selepas kemalangan tersebut." katanya ketika dihubungi.

BACA: Pekerja pembersihan parah dirempuh kereta

Wanita terbabit juga hanya mempunyai lesen memandu Vietnam.

Terdahulu, semakan polis mendapati kereta berkenaan milik seorang lelaki berusia 67 yang tinggal di sebuah kondominium di Jelutong.

Che Zaimani berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mukhtar Bahari, 62, cedera parah di kaki selepas dirempuh pemandu wanita berkenaan ketika dia sedang memungut sampah. - Foto PDRM
Dalam kejadian jam 6.40 pagi Jumaat, seorang pemandu lori sampah  Mukhtar Bahari, 62, cedera parah di kaki selepas dirempuh pemandu wanita berkenaan ketika dia sedang memungut sampah di jalan berdekatan  Bangunan Persekutuan.

Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

Siasatan awal mendapati lori terbabit diletakkan di bahu jalan dan kereta yang dipandu wanita itu datang dari arah Jalan Burma menuju ke Jalan Macalister.


Tag: rempuh pekerja pembersihan, polis, kemalangan, wanita, warga Vietnam, George Town, Pulau Pinang, Che Zaimani Che Awang, rempuh lori, Axia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.