awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas persiaran rempuh pelajar di lampu isyarat positif dadah, tiada lesen

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/11/2019
07:51 MYT
Pemandu bas persiaran rempuh pelajar di lampu isyarat positif dadah, tiada lesen
Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu bas persiaran terbabit (menutup muka) positif dadah jenis methamphetamine. - Foto PDRM
Polis mengesahkan pemandu bas persiaran yang melanggar seorang pelajar sehingga maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Dato Ismail Hasyim, Bayan Lepas, semalam positif dadah.
Lebih mengejutkan pemandu berusia 49 tahun itu juga tidak mempunyai lesen memandu bas yang sah.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A. A. Anbalagan memaklumkan hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu bas positif dadah jenis methamphetamine.
Menurutnya, siasatan awal polis juga mendapati bas berkenaan mengalami masalah brek menyebabkan pemandunya hilang kawalan.
Terdahulu, pemandu berkenaan ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkmah Balik Pulau, Ahmad Tajudin Zain dibawah seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Manakala kes kemalangan disiasat dibawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian jam 6.30 petang Khamis, bas persiaran yang datang dari arah Persiaran Kelicap menuju ke Bayan Lepas dikatakan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dan merempuh sebuah lagi kereta dipandu seorang wanita bersama dua anaknya.
Bas itu kemudiannya merempuh sebuah motosikal yang diparkir di tepi jalan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang Muhammad Saifullah Muhammad Hafiez, 16, yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Mangsa yang juga pelajar sekolah menengah itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta bersama dua anaknya yang mengalami cedera dikejarkan ke hospital.
Topic Berkaitan
#Bayan Lepas
#kemalangan
#kemalangan Pulau Pinang
#maut
#pemandu bas persiaran
#rempuh pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan