Polis menahan seorang pemandu GrabCar dipercayai merogol seorang wanita di dalam kereta miliknya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, semalam.
Dalam operasi pukul 10 malam tadi, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, lelaki berkenaan dipercayai merogol wanita berusia 29 tahun yang menggunakan perkhidmatannya pada pukul 4 pagi.
"Ketika kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan. Selepas itu suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah.
"Polis turut merampas pakaian serta kereta jenis Myvi milik suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2017
Menurut polis ketika kejadian mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan.- Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Grab akan menjamin gaji pemandu e-hailing diteruskan, meskipun permintaan bakal menurun pada tempoh PKP.
Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.
Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan beroperasi pada 24 April.
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas
MyCC bercadang untuk mengenakan denda berjumlah RM86,772,943.76 terhadap Grab serta penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari
Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri
Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) bingung apabila dimaklumkan kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi.
Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad
Dua gadis remaja Natshatra Navanita, 15 tahun dan Divyaa Munian, 16 tahun hilang sejak Ahad lepas pada 11.40 malam.
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Toyota labur USD1 bilion dalam Grab
Toyota telah membuat penilaian terhadap Grab dan meletakkan nilainya pada jumlah USD10 bilion.