Pemandu kereta parah dirempuh lori, bas

Pemandu kereta parah dirempuh lori, bas
Keadaan Proton Wira selepas dirempur lori simen dan bas. - Astro AWANI
HULU SELANGOR: Seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Buaya di sini, malam tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 9 malam Selasa, pemandu kenderaan jenis Proton Wira itu dipercayai hilang kawalan kenderaannya sebelum dirempuh sebuah lori simen dan bas yang dipenuhi penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pemandu lori dan kesemua 38 pelajar UUM serta pemandu bas dilaporkan tidak cedera dalam kejadian tersebut.
Pemandu bas berkenaan, Sobri Mustafa, berkata dia tidak nampak kenderaan di hadapannya kerana kawasan itu gelap.

"Sebelum itu kami berhenti di R&R Sungai Buloh untuk buka puasa. Kami bertolak semula lebih kurang pukul 8.30 malam dan tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 9.

"Ketika itu, saya hendak potong lori di lorong kanan, kereta pun banyak, kawasan itu pun gelap

"Saya pun tak nampak (kenderaan di hadapan), tak sempat brek dan terus terlanggar," katanya.


Mangsa yang cedera parah di kepala dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan sepanjang dua kilometer selama dua jam dari Rawang ke arah utara.




Tag: kemalangan, sungai buaya, plus highway, Universiti Utara Malaysia, UUM, proton wira


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.