Pemandu yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan lima individu cedera di kawasan tapak peniaga Bukit Sentosa, Hulu Selangor ditahan reman selama lima hari untuk siasatan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, suspek yang berusia 30an itu ditahan reman bermula hari ini sehingga Rabu depan.
Dalam insiden kira-kira 6.30 petang, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang awam cedera.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin ketika dihubungi Astro Awani berkata, suspek telah menyerang dengan memaki anggota polis yang bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Bukit Sentosa.
“Suspek turut mengatakan akan melanggar semua orang di Bukit Sentosa sebelum meninggalkan balai polis berkenaan.
“Selang lima minit kemudian lelaki tersebut meluru masuk semula ke Balai Polis Bukit Sentosa bersama beberapa orang awam yang mengejarnya.
“Kesemua lima mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan dalam keadaan stabil,” tambahnya.
Setakat ini polis menerima lima laporan orang awam iaitu peniaga gerai yang mengalami kecederaan serta kerosakan gerai.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Afiezy Azaman
Sat May 23 2020
Pemandu yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan lima individu cedera di kawasan tapak peniaga Bukit Sentosa, Hulu Selangor ditahan reman selama lima hari untuk siasatan. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Dua lelaki ditahan cabul kanak-kanak dalam tandas surau
Kedua-dua suspek berusia 56 tahun dan 74 tahun itu juga dipercayai menunjukkan kemaluan terhadap mangsa.
Dua premis makanan diarah tutup
Sebanyak empat kompaun dan lapan notis turut dikeluarkan dalam Operasi Suci dijalankan di Dataran Sentosa Bukit Sentosa.
Pemandu langgar orang awam dan gerai direman lima hari
Suspek yang berusia 30an itu ditahan reman bermula hari ini sehingga Rabu depan.